Monday, September 7, 2009

trip ke gua musang





pada 5-9/8/09 yang lepas, group master Linguistik UKM telah menjalankan satu kajian bahasa Orang Asli Mendriq di Kg. Orang Asli Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan.

tujuan kami ke sana adalah untuk mengkaji bahasa orang asli Mendriq yang semakin pupus bahasanya.

untuk pengetahuan, orang asli mendriq merupakan salah satu kelompok sub etnik yang tergolong dalam kumpulan besar negrito. namun bezanya, bahasa mendriq tergolong dari cabang austroasiatik yang berbeza dengan bahasa orang asli lain.

lokasi perkampungan ini didapati begitu jauh terpisah dari pusat bandar gua musang. untuk ke kampung ini juga memakan masa yang lama dan pengangkutan awam seperti bas tiada. ini menyukarkan perhubungan antara masyarakat orang asli dengan masyarakat lain di sekitarnya.

masyarakat orang asli ini begitu daif dan memerlukan banyak kemudahan awam bagi keselesaan mereka.

kemiskinan hidup masyarakat ini telah menyedarkan kami bahawa sesusah macam mana pun kita, kita kena ingat ada lagi orang atau masyarakat yang lebih susah dan memerlukan pertolongan yang sewajarnya..

pengalaman ke kampung orang asli kuala lah telah memberi banyak pengajaran dan menjadi kenangan yang paling bermakna dalam hidup kami.