Friday, February 27, 2009

program mentor mentee raya linguistik



hihihi...muka-muka kepenatan....

geng-geng yang kecoh....


aik...sempat lagi posing ek....


sambutan hara raya bersama-sama budak-budak linguistik dan berserta dengan penilaian mentor mentee.... rata-rata budak-budak linguistik begitu sporting dan masing-masing menunjukkan kerjasama dalam menjayakan program yang dijalankan... jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat...

di sini disertakan gambar-gambar yang sempat diambil sebagai kenang-kenangan untuk semua...

high tea bebudak linguistik...




first time join high tea linguistik time tahun
dua....hihihi...
best jugak....



tambah pula dengan pensyarah-pensyarah linguistik yang sporting n happening...

-tanpa-

lagu ni sebenarnya berkaitan dengan ketuhanan bukannya percintaan muda mudi...bila diamati dan dihayati lirik lagu ini bait demi bait, ia begitu menyentuh jiwa dan dapat menginsafkan kita dan secara tidak langsung mendekatkan kita kepada pencipta yang Esa.

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…
[ Tanpa lyric found on www.lirik.tv ]

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…

Thursday, February 19, 2009

berita baik!!!

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempercepatkan proses pengambilan kakitangan awam untuk mengisi kekosongan sedia ada bagi mengatasi masalah pengangguran berikutan kegawatan ekonomi yang semakin meruncing.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah (gambar) berkata, satu mesyuarat akan diadakan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Isnin ini bagi meneliti dan merangka mekanisme bersesuaian untuk mengatasi perkara itu.

"Kita cuba bantu rakyat yang telah kehilangan kerja. Saya telah mengarahkan pegawai saya supaya mengumpul semua maklumat berkaitan kekosongan jawatan dari semua suruhanjaya termasuk dari tentera, polis, guru, kerajaan tempatan dan kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar di Lobi Parlimen di sini, semalam.

Setakat ini, seramai 15,000 orang dilapor kehilangan kerja manakala lebih ramai lagi dijangka akan menghadapi nasib yang sama dalam masa terdekat.

Murugiah berkata, terdapat 45,000 jawatan kosong di SPA tahun ini, walaupun Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam pada Ahad lalu dilaporkan berkata terdapat 20,000 jawatan yang perlu diisi.

"Setelah disemak, kita mendapati hanya ada 45,000 jawatan kosong tahun ini yang terbuka berikutan ramai yang akan pencen, dinaikkan pangkat dan berlakunya penstrukturan semula pada agensi-agensi," tambahnya.

Wednesday, February 4, 2009

800,000 pelajar IPT ada kerja


IPOH - Kementerian Pengajian Tinggi percaya lebih 800,000 pelajar yang sedang mengikuti kursus di institusi pengajian tinggi (IPT) akan mendapat pekerjaan walaupun pertumbuhan ekonomi negara bakal menyaksikan kemelesetan pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peluang pekerjaan dan perniagaan baru masih dibuka di negara ini walaupun sektor swasta sudah mula bertindak mengurangkan kos pengeluaran dan membuang pekerja mereka.

Katanya, berasaskan kajian kementerian sejak beberapa tahun lalu menunjukkan kira-kira 80 peratus graduan berkelulusan diploma dan ijazah sarjana muda sudah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian masing-masing.

"Sebenarnya, graduan bidang kesusasteraan yang membuat pengkhususan Geografi menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerjaan sehingga kini.

"Jadi semua universiti digalakkan mengadakan program keusahawanan di kalangan pelajar kerana peluang pekerjaan dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan dalam negara masih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) di sini semalam.

kumara.sabapatty@kosmo.com.my

Tuesday, February 3, 2009

Fieldwork at Kg.Raga



Pada 22 januari 2009, aku n rakan-rakan ke Kedah bagi mendapatkan data dialek di sana. Lokasi yang kami pergi ialah di Kg.Raga daerah Yan.

Kami begitu teruja untuk berjumpa dengan orang-orang kampung di sana. Pertama kali menjejakkan kaki ke sana, kami begitu terpegun dengan keindahan n kebersihan kg. tersebut. Kami difahamkan, kg. itu pernah memenangi kg.tercantik dan sungai yang terbersih n tercantik di peringkat kebangsaan. Kg. itu juga terkenal dengan homestay dan perlancongan.

Kerja-kerja kami di sana berjalan lancar dengan kerjasama yang diberikan oleh orang-orang kg. Boleh dikatakan semua orang kg. begitu ramah dan senang untuk diajak berbual. Walaupun penat kami tetap gembira dan enjoy sepanjang berada di sana. Di samping itu, kami juga berpeluang melawat tempat-tempat menarik seperti Pantai Seri Murni, Air Terjun Titi Ayung, Menara Alor Setar, Pekan Rabu dan lain-lain lagi. Ape-ape pun yang paling penting kami dapat menimba seberapa banyak ilmu berkaitan dengan dialek dan cara hidup orang kg. sepanjang berada di sana.