Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Wednesday, February 4, 2009

800,000 pelajar IPT ada kerja


IPOH - Kementerian Pengajian Tinggi percaya lebih 800,000 pelajar yang sedang mengikuti kursus di institusi pengajian tinggi (IPT) akan mendapat pekerjaan walaupun pertumbuhan ekonomi negara bakal menyaksikan kemelesetan pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peluang pekerjaan dan perniagaan baru masih dibuka di negara ini walaupun sektor swasta sudah mula bertindak mengurangkan kos pengeluaran dan membuang pekerja mereka.

Katanya, berasaskan kajian kementerian sejak beberapa tahun lalu menunjukkan kira-kira 80 peratus graduan berkelulusan diploma dan ijazah sarjana muda sudah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian masing-masing.

"Sebenarnya, graduan bidang kesusasteraan yang membuat pengkhususan Geografi menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerjaan sehingga kini.

"Jadi semua universiti digalakkan mengadakan program keusahawanan di kalangan pelajar kerana peluang pekerjaan dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan dalam negara masih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) di sini semalam.

kumara.sabapatty@kosmo.com.my

Tuesday, January 13, 2009

peluang kerjaya

Rebut 15,000 kerja

Berita baik kepada mereka yang mencari kerja.

Kini terdapat 15,000 kerja kosong dalam bidang perhotelan dan tele-marketing atau Penyumberan Pemprosesan Perniagaan (BPO).

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam, BPO ialah konsep perniagaan global dalam bidang teknologi maklumat yang diusahakan oleh syarikat-syarikat antarabangsa di negara ini.

"Syarikat-syarikat ini mempunyai sistem komunikasi yang terbaik khusus untuk menjalankan aktiviti perniagaan BPO yang semakin berkembang dan mendapat permintaan tenaga kerja yang tinggi," katanya ketika dihubungi semalam.

Akhbar kelmarin membangkitkan masalah peningkatan pengangguran dengan kehadiran ribuan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dijangka menamatkan pengajian pertengahan tahun ini.