Showing posts with label jawatan kosong. Show all posts
Showing posts with label jawatan kosong. Show all posts

Tuesday, March 17, 2009

SPA tawar 46,000 jawatan kosong


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menawarkan sebanyak 46,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam untuk diisi termasuk kepada mereka yang hilang pekerjaan akibat kegawatan ekonomi, jika layak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator T Murugiah berkata kekosongan adalah dalam bidang Perubatan dan Kesihatan, Separa Perubatan, Kejuruteraan dan Kemahiran, Tadbir dan Diplomatik, Pentadbiran dan Sokongan, Kewangan, Sains, Sistem Maklumat, Penyelidikan dan Pembangunan, Keselamatan dan Pertahanan Awam, Penyiasatan dan Perundangan, Bakat Seni, Penguatkuasaan Maritim, Sosial, Pengangkutan, Ekonomi, Pertanian dan Pendidikan.

Beliau berkata jawatan yang ditawarkan ialah jururawat, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penguasa Imigresen, Pegawai Penguatkuasa, Jurutera, Arkitek, Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang, Pegawai Veterinar, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Pertanian dan 267 skim jawatan yang lain. - Bernama

Thursday, February 19, 2009

berita baik!!!

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempercepatkan proses pengambilan kakitangan awam untuk mengisi kekosongan sedia ada bagi mengatasi masalah pengangguran berikutan kegawatan ekonomi yang semakin meruncing.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah (gambar) berkata, satu mesyuarat akan diadakan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Isnin ini bagi meneliti dan merangka mekanisme bersesuaian untuk mengatasi perkara itu.

"Kita cuba bantu rakyat yang telah kehilangan kerja. Saya telah mengarahkan pegawai saya supaya mengumpul semua maklumat berkaitan kekosongan jawatan dari semua suruhanjaya termasuk dari tentera, polis, guru, kerajaan tempatan dan kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar di Lobi Parlimen di sini, semalam.

Setakat ini, seramai 15,000 orang dilapor kehilangan kerja manakala lebih ramai lagi dijangka akan menghadapi nasib yang sama dalam masa terdekat.

Murugiah berkata, terdapat 45,000 jawatan kosong di SPA tahun ini, walaupun Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam pada Ahad lalu dilaporkan berkata terdapat 20,000 jawatan yang perlu diisi.

"Setelah disemak, kita mendapati hanya ada 45,000 jawatan kosong tahun ini yang terbuka berikutan ramai yang akan pencen, dinaikkan pangkat dan berlakunya penstrukturan semula pada agensi-agensi," tambahnya.